Akaun pondoknurhana.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RM 1.5 Juta diperlukan untuk membantu kos pembangunan Pondok Nurhana

Pondok Nurhana merupakan sebuah pondok berkonsepkan wakaf yang ditubuhkan hasil daripada wakaf tanah seluas 1.5 ekar oleh seorang hamba Allah.

Ustaz Yusri Bin Abd. Karim merupakan tonggak kepada penubuhan Pondok Nurhana.  Beliau merupakan pengasas Pondok Nurul Hasanah di Kuala Selangor.   Penubuhannya bermula sebagai sebuah maahad tahfiz yang kemudian semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini Pondok Nurul Hasanah yang didirikan beliau telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti.


Gambaran Pondok Nurul Hasanah Yang Akan Dibina


Harapan penasihat Pondok Nurhana, Ust. Yusri Bin Abdul Karim.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (28 80)


Maahad Darul Quran memerlukan sebanyak RM 1.5 Juta bagi membiayai kos pengurusan dan pembinaan Pondok Nurhana seperti di bawah :

Tapak Pembinaan Pondok Nurhana



Pengenalan Tapak Pembinaan Pondok Nurhana

Dana ini akan digunakan bagi membiayai kos pembinaan Pondok Nurhana sebanyak RM 1,500,000 . Buat pengetahuan semua penyumbang, perkembangan semasa pembinaan sudah mencapai % bagi _________.

Pondok Warga Emas Nurhana ini menempatkan Pusat Pentadbiran yang mempunyai :

  •  Pejabat Pentadbiran 
  •  Bilik Mesyuarat, Bilik Guru dan Perpustakaan
  •  Bilik Kuliah Pelajar
  •  Dewan Tertutup dan Dewan Serbaguna
  •  Rumah Kediaman Pelajar
  •  Kuaters Kakitangan
  •  Kafeteria
  •  Surau





Pelan Pembinaan Pondok Nurhana

InsyaAllah. Dengan sumbangan daripada semua, Pondok ini mampu memberikan keselesaan buat warga emas yang menuntut ilmu ukhrawi dan menghafal Al-Quran.  Amin.


Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :

PAKEJ A : WAKAF (5 Lot) & INFAQ = RM 200
PAKEJ B : WAKAF (3 Lot) & INFAQ = RM 100
PAKEJ C : WAKAF (2 Lot) & INFAQ = RM 50
PAKEJ D : WAKAF (1 Lot) & INFAQ = RM 30
PAKEJ E : Seikhlas Hati 

Setiap lot bernilai RM 20 dan selebihnya akan diinfaq kepada tabung sumbangan dana untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran Pondok Nurhana. 

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah : 

Bank : BANK MUAMALAT
Nama Akaun : PONDOK NURHANA
No Akaun :  0302-0002353-71-2

Letakkan reference "PNH  " untuk mudahkan pihak kami agihan dana.

Maklumat tambahan:

1. Setiap sumbangan yang disumbangkan menggunakan Akaun Bank Muamalat Pondok Nurhana.
2. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway  Toyyibpay selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
3. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway  Toyyibpay
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi   Hj.Mohd Azizi Bin Alias di talian  +6 019-9313131